Friday, November 16, 2012

AMALAN KETIKA HAMIL

Saya agak beruntung kerana dalam adik-beradik,saya bukan yang pertama mengandung. Banyak petua diberikan oleh kakak saya sebagai panduan. Juga banyak baju dan seluar mengandung dipinjamkan kepada saya :)

Oh ye, kepada yang rajin membaca, buku Pa&Ma banyak membantu. Banyak tip berguna didalamnya. Di awal kehamilan, saya disarankan untuk makan epal hijau sebiji sehari. Tujuannya untuk mengelakkan alahan kepada bayi. Memang tak jadi masalah sebab saya sukakan epal hijau. Mula-mula jenuh la juga setiap minggu nak kena cari epal hijau tapi lama-kelamaan jadi ok aje.

Saya juga disarankan makan kismis tidak lebih 7 biji sehari tapi hendaklah bilangan yang ganjil seperti 1,3 dan 5 biji. Selawat sebelum makan. Juga baik untuk bayi. Dha juga saya makan. Semuanya untuk kebaikan bayi.

Saya bermasalah untuk minum susu. Saya dinasihatkan minum susu segar untuk mendapatkan kulit bayi yang cantik. Mula-mula ok. Tapi masuk minggu ke 10, saya mula rasa nak muntah apabila minum susu. Jangankan minum, ingat pada susu pun dah rasa loya. Saya hentikan minum susu. Tapi makan tablet susu kambing untuk memastikan baby mendapat kalsium yang sepatutnya. Tanda-tanda anda kekurangan kalsium adalah apabila kaki anda selalu kebas. Masuk minggu ke 15, kaki saya selalu kebas, saya dapatkan nasihat doktor. Katanya saya kekurangan kalsium. Kalsium saya "diambil" oleh bayi. Kalau berterusan begini, gigi saya terpaksa dicabut. Ok, saya takut!

Saya cuba kembali minum susu tapi bukan susu segar. Saya minum susu tepung Anlene. Alhamdulillah, saya ok, Kaki juga dah tak kebas. Moralnya disini, sekali perut anda "tolak" sebarang makanan atau minuman, tak bermakna selamanya ia tak dapat terima. Kita kena selalu mencuba dan memujuk hati :)

No comments:

Post a Comment