Sunday, November 18, 2012

Berkelah di Tepi Kebun

Parents saya ada beli rumah yang disebelahnya ada kawasan lapang yang tidak digunakan. Jiran terdekat ada bercucuk tanam kat situ. Ada yang tanam tebu, jambu dan banyak lagi la. So parents saya pun join la bercucuk tanam. Kenapa saya gelarkannya "kebun"? Kerana parents saya siap tanam pokok rambutan, langsat, mata kucing dan banyak lagi. Serai, limau kasturi dan pokok kunyit memang dah wajib untuk makan sendiri.
rumah yang hujung tu la rumah parents saya :)
pokok rambutan kot ni kalau tak salah :)

So ceritanya tadi en. husband pegilah kebun tu untuk bersihkan rumput-rumput2 dan gali lubang untuk tambahkan koleksi pokok. Disebabkan perut saya memboyot, duduk ajelah tepi rumah sambil makan karipap sardin yang dibekalkan oleh mama :)

Tamatlah aktiviti saya hari ini. Biarlah kalau orang kata saya menyibuk aje datang bukan tolong pun sebab boring duduk rumah. Lagipun orang kata ibu mengandung kena banyak berjalan biar senang beranak kan?

Saturday, November 17, 2012

BERAT BADAN TERLEBIH

Berat badan terlebih? Obesiti? Ibu hamil juga mengalami masalah berat badan berlebihan. Pernah tak anda mendengar situasi makan untuk 2 org? Atau takpe makan lebih, u pregnant. Ops! Harus diingat. Ibu hamil kena jaga pemakanan. 

Berat badan yang patut naik dalam masa seminggu adalah hanya 0.5kg sahaja. Bermakna dalam sebulan berat naik 2kg sahaja. Apabila berat naik berlebihan, ada sesuatu yang tidak kena. Mula-mula saya tak faham. Saya diminta datang buat checkup berat,tekanan darah 2 kali seminggu. Saya ingatkan kerana berat saya mencecah 80kg rupanya bukan kerana itu. Kata doc, walaupun berat 50kg kena juga checkup 2 kali seminggu. Bukan berat yang menjadi isu tapi isunya kenaikan berat badan sebanyak 3.5kg sebulan! Check up tekanan darah penting dikhuatiri terkena darah tinggi.

Saya juga dikehendaki minum air gula. Disuruh berpuasa semalaman. Pada mulanya ingat ala takpe,just minum air gula. Sampai saja di klinik, gelas besar disediakan. Nurse kata sila habiskan. Nak tahu rasanya? Memang air suam yang diletakkan 5 sudu besar gula. Memang air gula yang sangat2 manis. Nurse tunggu depan saya sampai habis segelas air. Lepas minum air start rasa loya, pening. Ingatkan nak pegi kunyah asam/gula2 tapi disuruh terus berpuasa lagi 2jam untuk ambil darah. Alhamdulillah semuanya ok.

Lepas dah lalui pengalaman yang sangat tak best, saya berazam untuk jaga makan minum. Tak rela lagi pegi check up 2 kali seminggu macam orang dah takde keje lain dan yang penting tak rela minum air gula lagi. Rasanya amat teruk!

Friday, November 16, 2012

AMALAN KETIKA HAMIL

Saya agak beruntung kerana dalam adik-beradik,saya bukan yang pertama mengandung. Banyak petua diberikan oleh kakak saya sebagai panduan. Juga banyak baju dan seluar mengandung dipinjamkan kepada saya :)

Oh ye, kepada yang rajin membaca, buku Pa&Ma banyak membantu. Banyak tip berguna didalamnya. Di awal kehamilan, saya disarankan untuk makan epal hijau sebiji sehari. Tujuannya untuk mengelakkan alahan kepada bayi. Memang tak jadi masalah sebab saya sukakan epal hijau. Mula-mula jenuh la juga setiap minggu nak kena cari epal hijau tapi lama-kelamaan jadi ok aje.

Saya juga disarankan makan kismis tidak lebih 7 biji sehari tapi hendaklah bilangan yang ganjil seperti 1,3 dan 5 biji. Selawat sebelum makan. Juga baik untuk bayi. Dha juga saya makan. Semuanya untuk kebaikan bayi.

Saya bermasalah untuk minum susu. Saya dinasihatkan minum susu segar untuk mendapatkan kulit bayi yang cantik. Mula-mula ok. Tapi masuk minggu ke 10, saya mula rasa nak muntah apabila minum susu. Jangankan minum, ingat pada susu pun dah rasa loya. Saya hentikan minum susu. Tapi makan tablet susu kambing untuk memastikan baby mendapat kalsium yang sepatutnya. Tanda-tanda anda kekurangan kalsium adalah apabila kaki anda selalu kebas. Masuk minggu ke 15, kaki saya selalu kebas, saya dapatkan nasihat doktor. Katanya saya kekurangan kalsium. Kalsium saya "diambil" oleh bayi. Kalau berterusan begini, gigi saya terpaksa dicabut. Ok, saya takut!

Saya cuba kembali minum susu tapi bukan susu segar. Saya minum susu tepung Anlene. Alhamdulillah, saya ok, Kaki juga dah tak kebas. Moralnya disini, sekali perut anda "tolak" sebarang makanan atau minuman, tak bermakna selamanya ia tak dapat terima. Kita kena selalu mencuba dan memujuk hati :)

Thursday, November 15, 2012

ALAHAN SEMASA HAMIL

stress ketika hamil tidak elok untuk bayi

Hamil? Mengandung? Pastinya ia menjadi impian kepada setiap wanita yang telah berumah tangga. Setiap pasangan pasti inginkan zuriat sendiri sebagai pengikat kasih. Yang ingin dikongsingkan disini, saya sedang hamil 25 minggu. Ada alahan sepanjang kehamilan? Alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang alahan.

Minggu pertama tahu saya hamil, saya kunjungi Pusat Perubatan Homepaty di PKNS Bangi. Memang keluarga saya selalu ke klinik ini tidak kira apa penyakit walaupun sekadar demam kami akan ke sini. Jumpa aje doktor, saya cakap: saya mengandung. Terus dia bagi ubat kuatkan rahim, cuci darah. Sebelum balik, sempat saya tanya ada tak ubat untuk elakkan rasa mual? Alhamdulillah, ada. Saya amalkan makan ubat-ubat yang diberikan. Kepada yang tak tahu, ubat homepaty ni tak macam ubat di klinik biasa. Ia manis tak perlu ditelan, hanya dikemam. Cuma perlu berpantang kafein, bawang mentah, cuka dan air kelapa.

Berbalik cerita tadi, saya amalkan ubat sampai habis. Dan syukur saya tak alami sebarang alahan [tak tahulah pasal ubat atau tak]. Yang penting, dah berusaha kan:)

Wednesday, November 14, 2012

PENGENALAN

Kelahiran satu blog baru. Baru nak mencuba-cuba dalam dunia penulisan. Apa yang bakal dikongsi adalah kisah benar dalam menjalani kehidupan seharian. Memegang status isteri dan bakal ibu, mungkin kita boleh saling berkongsi cerita.

Nantikan entry-entry dari saya dan rajinkan tangan untuk tinggalkan komen. Salam perkenalan semua :)