Monday, March 11, 2013

PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL KERAJAAN

Salam.
Saya selamat melahirkan anak lelaki secara normal pada 26 Februari lepas di Hospital Ampang. Sepatutnya saya dijangka bersalin 25 Februari tapi pada 25 haribulan tu tiada apa-apa tanda mahupun sakit nak bersalin. Petang sekitar jam 3 saya ke klinik swasta. Sekadar buat pemeriksaan biasa. Saya dimaklumkan bukaan telahpun terbuka sebanyak 3cm. Tapi pelik saya tak rasa sakit. Doktor scan perut saya. Katanya semua normal. Kepala bayi di bawah dan uri di atas, ok boleh bersalin normal. Cuma air ketuban terlalu sedikit. Bahaya untuk bayi.

Saya maklumkan pada doktor yang nurse klinik kesihatan cakap, kalau masih belum bersalin, 28 haribulan datang klinik untuk dapatkan surat. Kata doktor, air ketuban saya tak dapat tahan sampai 28 haribulan. Dia cadangkan kalau saya tak bersalin lagi esok [26 haribulan] terus dapatkan surat dari klinik kesihatan. Risau juga saya mendengarnya.

Balik dari klinik, saya menjalankan kerja seperti biasa. Petang kira-kira jam 5.30, ada tanda-tanda nak bersalin iaitu keluar lendir bercampur darah. Tapi saya bertenang dulu. Makan dulu bersama suami, adik dan abang. Habis makan, balik rumah dulu mandi dan ambil kelengkapan bermalam di hospital. Kira-kira jam 7 malam, saya sampai dimasukkan ke wad. Suami tak dibenarkan menemani. 

Jam 11.30 malam, saya mula merasakan sakit yang kerap. Mula-mula 15 minit sekali. Makin lama makin kerap jadi 5 minit sekali. Jam 2 pagi, saya gagahkan diri bangun jumpa nurse sebab tak tahan sakit. Bila diperiksa,bukaan masih 3cm. Saya disuruh tidur dulu. Memang hebat jika saya boleh tidur dalam keadaan macam tu. Panik. Terasa nak buang air besar tapi nampak tanda amaran yang bertulis "tolong jangan teran di dalam tandas". Ada orang terberanak dalam tandas ke? Yang saya rasa ni rasa nak buang air atau baby nak keluar? Akhirnya saya pergi juga ke tandas dan buang air. Hahaha..

Ok jam 5.30 pagi, saya rasa katil saya basah. Rasa ada air keluar. Saya bergegas bangun ke bilik doktor [kebetulan sebelah wad]. Sakitnya bukan kepalang. Nurse periksa bukaan. Saya tak pasti berapa bukaan yang pasti dah sampai waktu untuk bersalin. Saya disuruh telefon suami. 5.45pagi, saya dah di dalam bilik bersalin. Tapi suami belum sampai. Panik bila nurse kata sesama sendiri "tak sempat tunggu suami dia,kena buat sekarang,takut baby lemah". Tapi alhamdulillah suami saya sempat sampai memberi semangat untuk meneran.

Tepat 5.59 pagi,saya selamat melahirkan anak lelaki. Dalam keadaan anak saya masih diselaputi darah dan lendir, suami disuruh azankan anak kami. Ok suami turutkan saja. Selesai azan,suami disuruh keluar kerana saya dan baby akan dibersihkan sebelum dihantar ke wad. Dalam keadaan sedar, saya dengar dan faham nurse kata terpaksa gunting sikit di bahagian kemaluan saya sebeum dijahit. Saya akur. Selesai jahit kira-kira jam 6.30 pagi, saya ditinggalkan dengan keadaan berlumuran darah begitu sahaja. Saya nampak anak saya juga dibiarkan di satu sudut bilik bersalin tersebut. Sepanjang saya berada di bilik bersalin itu, ada 3-4 kali anak saya menangis. Mungkin lapar. Tapi tiada siapa yang endahkan. Saya nak bangun pun tak mampu. Badan masih lemah.

Jam 8.30 pagi, doktor masuk dalam bilik bersalin. Dia tanya "dah bersalin ke?" Saya kata dah, dah lama dah. Dia tanya pukul berapa, saya kata jam 5.59 pagi tadi. Dia terkejut seakan tidak percaya. Terus dia check rekod saya. Benar, 5.59 pagi saya selamat bersalin. Riuh rendah dia panggil nurse bersihkan saya. Berkali-kali dia memohon maaf kepada saya. Katanya yang menguruskan saya semasa bersalin tadi adalah jururawat pelatih shif malam dan sekarang kakitangan siang yang ambil alih. Beliau tak henti-henti meahirkan kekesalan atas apa yang terjadi. Jam 8.50 saya diberikan segelas susu serta mihun goreng. Jam 9 baru anak saya diletakkan sebelah saya untuk disusukan.

Saya bukan nak kondem hospital kerajaan. Juga bukan nak kata jururawat pelatih tidak sepatutnya uruskan urusan bersalin. Jika mereka tidak dilatih untuk menguruskan pesakit bersalin, sampai bila-bila pun mereka takkan mahir. Cuma saya kesal mereka uruskan saya bersalin tanpa dipantau oleh jururawat terlatih mahupun doktor. Nasib baik tiada perkara buruk terjadi. Jika terjadi sesuatu, siapa yang akan bertanggungjawab dan siapa yang akan dipersalahkan???

7 comments:

  1. tulis surat... komplain. kalau x, sapa pun tak tahu. at least, tidak berlaku kepada orang lain

    ReplyDelete
  2. setakat ini pengalaman bersalin di HKL alhamdulilah tak ada sebarang masalah lagi...hope tak jadi la perkara macam nie...

    ReplyDelete
  3. salam..

    dh 2x saya bersalin di hospital ampang & alhamdulillah layanan di bilik bersalin sgt2 bagus.. tak der sebarang komplen.. tp byk gak cerita ngeri yg saya dgr terjadi di hospital ampang nie..

    ReplyDelete
  4. sy pnh jd jururawat pelatih...sy kira bila dpt kes menyambut kelahiran sy la org yg plg happy skali...mgalahkan nk sambut baby sndri.. dan plg best kalo xde kekoyakan... feel nya mcm menang pingat jasa negara..hehe... dr zmn student lg dh diajar bt kje smp abes.. dr jaga pt ms peringkat labour, bsalin, bg synto... melahirkan baby, pastu placenta..then kemaskan ibu bg minum susu/milo dan prepare hantar ke postnatal wad.. apepun ini adalah pengalaman puan.. stiap org ade pgalaman sndri dan bt kte akan berhati2...

    ReplyDelete
  5. Sabarla pena biru.. Dekat hosp government ni dari segi sevices mmg kita tak boleh nak jangka, ikut nasib. Kalau bersalin n dptkan servis klinik kerajaan mmg kena cekal n tabah extra. Kdg2 xdinafikan servis klinik kerajaan pon baik juga.

    ReplyDelete
  6. tahniah sis...teringat memori bsalin sulong hosp kerajaan mmg syahdu..kenangan sungguh

    ReplyDelete
  7. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete